Khamis, 17 Julai 2025

Bicara Blogger - Merenung Makna Kehidupan

Merenung Makna Kehidupan...Setiap hidup ada ujiannya menjadikan hidup lebih bererti. Terbang bebas, menembus awan. Meraih bintang...

Rabu, 21 Mei 2025

Mengunjungi Masjid Al-Badr 1000 SelawatPulau Pangkor (Masjid Terapung Pulau Pangkor).

Jumaat 2 Mei 2025, usai berehat...petangnya jam 6.30 kami keluar untuk mengunjungi Masjid Al-Badr 1000 SelawatPulau Pangkor (Masjid Terapung Pulau Pangkor). 
Sedikit info...Masjid Seribu Selawat atau masjid terapung Pulau Pangkor ini mula dibina pada 7 Mac 2014 dan siap sepenuhnya dalam bulan Oktober 2016. Pembinaan masjid unik ini diilhamkan oleh menteri besar negeri Perak yang ke 11 iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang merupakan anak jati kelahiran pulau Pangkor. Masjid ini terletak di Kampung Teluk Gedong. Kenapa nama masjid ini diberi nama Masjid Al-Badr Seribu Selawat? Kerana dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat. Keunikan masjid ini...kedudukannya dibina di atas air laut dan sebab itu ia digelar sebagai masjid terapung Pulau Pangkor. Selain itu, ia turut mengetengahkan identiti negeri Perak yang tercinta pada setiap geometri hiasan dalaman pada dindingnya. Satu lagi fakta penting dan penting untuk tahu bahawa inilah masjid terapung pertama yang dibina di Perak. Identiti negeri Perak yang diketengahkan pada hiasan dalaman ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri ini. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu masa dan ia dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Sultan Perak ke 35) pada 8 Jun 2017... 
Sumber dari, https://www.orangperak.com/masjid-terapung-pulau-pangkor-masjid-seribu-selawat.html  ......Sebelum masuk ke kawasan/dalam masjis kami bergambar dan ambil video dulu...

Rabu, 14 Mei 2025

Imbau Kembali Aktiviti Selam Ain

Nak up semula aktiviti menyelam Ain yang bermula pada tahun 2016...Rezeki yang datang tidak terduga. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang terlibat... ...Video Ain pertama lali menyelam boleh tonton di Youtube... https://youtu.be/bOyvlz6Pk4M?si=H_XuutnyWXXs-ztb

Dive With Mr. Jim Elliott at Bukit Kiara Equestrian Club Swimming Pool (Entri Dari Blog Ain - 'Kau yang Teristimewa')

Sabtu 29 Oktober 2016, seawal pagi saya memandu kereta bersama Nur Ain menuju Bukit Kiara Equestrian Club Swimming Pool. Alhamdulillah.. Ain telah diundang oleh tuan Haji Syed Abd Rahman (The Founder/Director of Kids Scuba - PADI) untuk menyelam bersama Mr Jim Elliott (President and Founder of Dive Heart from US). Dijangkakan program akan bermula jam 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan saya berfikir, 'mampukah Ain melakukan aktiviti mencabar kemampuannya ini?' Perbagai persoalan bermain di benak hati saya. Namun keyakinan pada semangat positif Ain selama ini, membuatkan saya yakin Ain mampu melakukan aktiviti ini. Now...mari kita lihat kemampuan dan semangat positif Ain menerusi gambar-gambar dan video berikut...Biarlah gambar dan video yang menceritakannya.......Saya tidak tahu apa yang difikirkan Ain ketika ini. Kelihatan Ain sedikit muram pada awalnya....Tuan Haji Syed telah memberi penerangan ringkas akan aktiviti yang akan kami lakukan dan disusuli sesi penerangan dari Mr. Jim Elliott...Ain kelihatan benar-benar teruja.......Sebelum memulakan aktiviti DIVE kami membuat sesi bergambar beramai-ramai....______Bersiap sedia untuk DIVE. Ain memakai alat khas iaitu 'a full face mask'. Saya tidak tahu di mana datangnya keberanian Ain memakai alat ini kerana Ain paling takut memakai topeng mahupun swim google, tapi Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar dan Ain memberi kerjasama yang di luar dugaan saya.......Now we DIVE together......Syukur Alhamdulillah...Nur Ain mampu melakukan aktiviti ini dengan baik dan Ain sangat teruja. Bila ditanya, 'Best tak menyelam?'..Ain kata best. Ditanya , 'Nak menyelam lagi? Ain kata nak. ....Aktiviti diakhiri dengan berpossing......Akhirnya saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Syed Abd.Rahman dan Mr. Jim Elliott serta semua yang terlibat membantu Ain sehingga aktiviti DIVE ini berjalan dengan lancarnya. TQVM DIVE HEART.

Ain Mencuba Sukan/Pemainan Boccia - terkini...Ain Ex-Atlet Boccia Selangor (Entri Dari Blog Ain - 'Kau yang Teristimewa')

Apa itu Sukan Boccia?
Secara umum, BOCCIA adalah sejenis sukan yang direka khas untuk OKU CP atau neurological disorder lain yang tahap ketidak upayaan mereka adalah lebih teruk di mana pergerakan kedua-dua tangan dan kaki mereka terjejas....



...Bagaimana pemilihan pemain dibuat?
Pemain akan dikelasifikasikan kepada empat kategori berdasarkan ketidak upayaan mereka.

Empat Kategori itu adalah:-

BC 1 iaitu Pemain CP yang berkeupayaan membaling bola dengan tangan menendang bola dengan kaki tetapi mereka memerlukan seorang pembantu untuk menolak kerusi roda dan memberikan bola apabila diminta olehnya di mana pembantu itu mesti berada di belakang kotak atau kawasan pemain itu.

BC 2 iaitu pemain CP yang boleh membaling bola dengan tangan di mana keadaan fizikal pemain itu lebih baik daripada pemain BC 1 dan bermain tanpa pembantu.

BC 3 iaitu pemain yang mengalami masalah pergerakan yang agak teruk di mana pemain tidak berkeupayaan untuk memegang, membaling atau menendang bola. Oleh sebab itu pemain itu akan bermain menggunakan ramp dan mungkin juga assistive device lain seperti topi khas. Pemain itu juga akan dibantu oleh seorang pembantu yang akan berada di dalam kotak atau kawasan pemain sepanjang masa permainan berlangsung. Pembantu itu akan membantu menolak kerusi roda pemain, menggerakkan ramp dan meletakkan bola pada ramp atas arahan pemain itu.
...Alat Bantu : (Untuk pemain BC 3)
Ramp mempunyai kelulusan dari klasifikasi. Berada dalam kawasan pemain yang berukuran
2.5m x 1m
BC 4 iaitu pemain yang mengalami neurological disorder yang lain selain CP. Pemain itu mengalami masalah pergerakan pada kedua-dua tangan dan kaki. Pemain berupaya membaling bola dengan tangan dan bermain sendiri tanpa pembantu......

.............................
Kriteria Bola Boccia :
Berat - 275 gram +/- 12 gram
Ukurlilit  - 270 mm +/8mm
Bola mesti mempunyai warna yang jelas –  merah dan biru
Set bola boccia : 6 biji bola merah, 6 biji bola biru dan sebiji bola puteh yang dipanggil ‘jackball’. 

Peralatan lain untuk sukan boccia : (Untuk kegunaan pengadil)

- Petunjuk warna merah/biru
- Pengukur : pita pengukur, calipers, tolok pengukur, lampu suluh

Scoreboard – Peralatan masa


Manakala gelanggang boccia seluas 12.5 meter x 6 meter dengan permukaan gelanggangnya mestilah rata, keras dan licin.


Bagaimana teknik permainan boccia?
Teknik pemainan :
Pemain-pemain akan bermain secara individu, berpasangan atau berpasukan tanpa mengira jantina.
Pemain akan berada dalam kawasan atau petak masing-masing yang berukuran 2.5 meter x 1.0 meter dan akan menggunakan kerusi roda.

Setiap perlawanan
·         Individu BC 1 : 5 minit (4 pusingan) - setiap pemain 6 biji bola & sebiji jackball
·         Individu BC 2 : 4 minit (4 pusingan) - setiap pemain 6 biji bola & sebiji jackball
·         Individu BC 3 : 6 minit (4 pusingan) - setiap pemain 6 biji bola & sebiji jackball
·         Individu BC 4 : 4 minit (4 pusingan) - setiap pemain 6 biji bola & sebiji jackball
·         Pasukan BC 1 & BC 2 : 6 minit (6 pusingan) - setiap pemain 2 biji bola
·         Pasangan BC 3 : 7 minit (4 pusingan) - setiap pemain 3 biji bola
·         Pasangan BC 4 : 5 minit (4 pusingan) - setiap pemain 3 biji bola

Bagaimana cara permainan Sukan Bocia ini?
Pemain mesti membaling, menendang atau menggulingkan bola supaya bola mereka lebih dekat dengan jack ball (Bola Putih).

Setiap pusingan dimulakan dengan salah seorang pemain akan membaling jack ball dan diikuti dengan balingan bola pertamanya.


Kemudian pemain lawan akan membaling bola pertamanya pula.

Seterusnya pemain atau salah seorang pemain berpasangan atau pasukan yang bolanya lebih jauh dari jack ball akan membaling bola seterusnya sehingga bola dia atau mereka lebih dekat dengan jack ball.

Pemain akan bermain sehingga bola mereka habis dibaling.

Poin akan dikira pada penghujung setiap pusingan berdasarkan bilangan bola yang lebih dekat dengan jack ball daripada bola lawan.
Bola pemain yang lebih dekat akan menjadi pemenang.
Jumlah keseluruhan poin akan dikira selepas kesemua pusingan berakhir.
Pemain yang mendapat lebih banyak poin menjadi pemenang bagi sesuatu perlawanan......


. - Dari sumber Google dan pengetahuan am.