
...Saya tidak tahu apa yang difikirkan Ain ketika ini. Kelihatan Ain sedikit muram pada awalnya....Tuan Haji Syed telah memberi penerangan ringkas akan aktiviti yang akan kami lakukan dan disusuli sesi penerangan dari Mr. Jim Elliott...Ain kelihatan benar-benar teruja....





...Sebelum memulakan aktiviti DIVE kami membuat sesi bergambar beramai-ramai....
______Bersiap sedia untuk DIVE. Ain memakai alat khas iaitu 'a full face mask'. Saya tidak tahu di mana datangnya keberanian Ain memakai alat ini kerana Ain paling takut memakai topeng mahupun swim google, tapi Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar dan Ain memberi kerjasama yang di luar dugaan saya...



....Now we DIVE together...





...Syukur Alhamdulillah...Nur Ain mampu melakukan aktiviti ini dengan baik dan Ain sangat teruja. Bila ditanya, 'Best tak menyelam?'..Ain kata best. Ditanya , 'Nak menyelam lagi? Ain kata nak. ....Aktiviti diakhiri dengan berpossing...


...Akhirnya saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Syed Abd.Rahman dan Mr. Jim Elliott serta semua yang terlibat membantu Ain sehingga aktiviti DIVE ini berjalan dengan lancarnya. TQVM DIVE HEART.