Rabu, 21 Mei 2025

Mengunjungi Masjid Al-Badr 1000 SelawatPulau Pangkor (Masjid Terapung Pulau Pangkor).

Jumaat 2 Mei 2025, usai berehat...petangnya jam 6.30 kami keluar untuk mengunjungi Masjid Al-Badr 1000 SelawatPulau Pangkor (Masjid Terapung Pulau Pangkor). 
Sedikit info...Masjid Seribu Selawat atau masjid terapung Pulau Pangkor ini mula dibina pada 7 Mac 2014 dan siap sepenuhnya dalam bulan Oktober 2016. Pembinaan masjid unik ini diilhamkan oleh menteri besar negeri Perak yang ke 11 iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang merupakan anak jati kelahiran pulau Pangkor. Masjid ini terletak di Kampung Teluk Gedong. Kenapa nama masjid ini diberi nama Masjid Al-Badr Seribu Selawat? Kerana dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat. Keunikan masjid ini...kedudukannya dibina di atas air laut dan sebab itu ia digelar sebagai masjid terapung Pulau Pangkor. Selain itu, ia turut mengetengahkan identiti negeri Perak yang tercinta pada setiap geometri hiasan dalaman pada dindingnya. Satu lagi fakta penting dan penting untuk tahu bahawa inilah masjid terapung pertama yang dibina di Perak. Identiti negeri Perak yang diketengahkan pada hiasan dalaman ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri ini. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu masa dan ia dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Sultan Perak ke 35) pada 8 Jun 2017... 
Sumber dari, https://www.orangperak.com/masjid-terapung-pulau-pangkor-masjid-seribu-selawat.html  ......Sebelum masuk ke kawasan/dalam masjis kami bergambar dan ambil video dulu...