Ini blog kedua 'Ain - Kau Yang Teristimewa'. Blog asal telah diletakkan dalam status peribadi. Blog Ain Kau Yang Teristimewa 2 ini pula akan dibuka untuk tatapan umum. Semoga perkongsian dalam blog Ain KYT 2 ini bermanafaat, aamiin
Charity Dinner 2016 (Entri Dari Blog Ain - 'Kau yang Teristimewa')
...Ahad 11 Desember 2016, kami warga RDA menyertai majlis 'Charity Dinner 2016' di Dewan Tun Hussein Onn PWTC. Tetamu VVIP kami ialah Tengku Mahkota Pahang...Seawal jam 7 malam Ain dan mak serta kawan-kawan RDA Ain sudah sampai ke dewan berkenaan. Sementara menunggu Tengku Mahkota sampai kami bergambar dan menjamu selera dengan jamuan ringan di luar dewan.......Jamuan makan bermula disertai majlis penyerahan sijil penghargaan kepada beberapa individu yang berperanan dalam menjayakan aktiviti RDA... ... Kemudian Ain bersiap sedia untuk naik ke pentas utama kerana...Ain telah diberi penghormatan untuk menyerahkan cenderahati kepada Tengku Mahkota Pahang...Bukan main seronok lagi Ain bila diangkat naik ke pentas utama..Alhamdulillah Ain dapat menyerahkan cendera hati dengan jayanya.......Jam 10 ++ majlis dinner selesai dan Ain sampai rumah dalam jam 11.30 malam.